This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, December 15, 2010

FILEM BOBBY DALAM KENANGAN

Semalam, saya berpeluang menonton sebuah filem Hindi bertajuk ‘Bobby’ yang ditayangkan di saluran Zee Astro. Filem ini diterbitkan pada 1973 dan diarahkan oleh Raj Kapoor dengan bintang utama seperti Rishi Kapoor dan Dimple Kapadia. ‘Bobby’ berkisar tentang percintaan pasangan remaja berumur 18 (lelaki) dan 16 (gadis) yang mendapat tentangan keluarga terutama daripada keluarga lelaki. Mereka tidak direstui keluarga kerana masih terlalu muda untuk berumah tangga apatah lagi keluarga lelaki adalah golongan berada dan memandang rendah keluarga gadis yang dicintai oleh anaknya. Filem ini amat menarik untuk ditonton kerana merupakan sebuah filem cinta dan diserikan lagi dengan lagu dan gubahan muzik yang menarik.

Filem ini mengingatkan saya tentang kisah yang pernah diceritakan ketika filem ini mula ditayangkan di Malaysia. Mengikut sumber itu, ada pasangan yang kahwin lari setelah menonton filem berkenaan mungkin mendapat inspirasi dengan kisah cinta yang ditonjolkan dalam filem tersebut. Sudah menjadi lumrah ketika itu masyarakat Melayu terutamanya amat meminati filem-filem Hindi.

Ketika saya mula belajar di sekolah menengah, ada rakan yang bercerita mengenai satu pasangan remaja yang bercinta dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. Pasangan remaja ini juga mendapat tentangan daripada kedua-dua belah keluarga kerana mereka masih lagi belajar di sebuah sekolah menengah. Namun begitu, akhirnya mereka telah diijabkabulkan dan termakbullah janji cinta mereka selama ini. Setelah berkahwin, pasangan ini tidak diterima oleh keluarga masing-masing. Mungkin akibat kesempitan hidup dan gagal mencari jalan keluar, mereka telah mengambil keputusan mengikat diri dengan tiub basikal dan terjun ke sungai bersama-sama. Setelah meninggal dunia akibat lemas, diberitakan pasangan ini masih tidak diterima oleh keluarga masing-masing hingga pihak pejabat agama sendiri yang menguruskan kedua-dua jenazah untuk disemadikan. Sama ada betul atau tidak cerita ini, saya tidak menyiasatnya tetapi cerita ini berlegar dalam kalangan kami dan saya percaya ia adalah cerita benar.

Begitulah hebatnya kesan sebuah filem ke atas kehidupan remaja. Nilai yang tidak baik mungkin akan ditiru tanpa memikirkan kesannya ke atas diri, keluarga, masyarakat dan Negara amnya. Bagi saya, filem ‘Bobby’ ini tetap akan ditonton kerana lagu-lagunya yang menarik dan nostalgik. Sesiapa yang ingin melihat sedutan filem tersebut boleh melayari youtube. Semoga terhibur…..