This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, December 15, 2010

FILEM BOBBY DALAM KENANGAN

Semalam, saya berpeluang menonton sebuah filem Hindi bertajuk ‘Bobby’ yang ditayangkan di saluran Zee Astro. Filem ini diterbitkan pada 1973 dan diarahkan oleh Raj Kapoor dengan bintang utama seperti Rishi Kapoor dan Dimple Kapadia. ‘Bobby’ berkisar tentang percintaan pasangan remaja berumur 18 (lelaki) dan 16 (gadis) yang mendapat tentangan keluarga terutama daripada keluarga lelaki. Mereka tidak direstui keluarga kerana masih terlalu muda untuk berumah tangga apatah lagi keluarga lelaki adalah golongan berada dan memandang rendah keluarga gadis yang dicintai oleh anaknya. Filem ini amat menarik untuk ditonton kerana merupakan sebuah filem cinta dan diserikan lagi dengan lagu dan gubahan muzik yang menarik.

Filem ini mengingatkan saya tentang kisah yang pernah diceritakan ketika filem ini mula ditayangkan di Malaysia. Mengikut sumber itu, ada pasangan yang kahwin lari setelah menonton filem berkenaan mungkin mendapat inspirasi dengan kisah cinta yang ditonjolkan dalam filem tersebut. Sudah menjadi lumrah ketika itu masyarakat Melayu terutamanya amat meminati filem-filem Hindi.

Ketika saya mula belajar di sekolah menengah, ada rakan yang bercerita mengenai satu pasangan remaja yang bercinta dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. Pasangan remaja ini juga mendapat tentangan daripada kedua-dua belah keluarga kerana mereka masih lagi belajar di sebuah sekolah menengah. Namun begitu, akhirnya mereka telah diijabkabulkan dan termakbullah janji cinta mereka selama ini. Setelah berkahwin, pasangan ini tidak diterima oleh keluarga masing-masing. Mungkin akibat kesempitan hidup dan gagal mencari jalan keluar, mereka telah mengambil keputusan mengikat diri dengan tiub basikal dan terjun ke sungai bersama-sama. Setelah meninggal dunia akibat lemas, diberitakan pasangan ini masih tidak diterima oleh keluarga masing-masing hingga pihak pejabat agama sendiri yang menguruskan kedua-dua jenazah untuk disemadikan. Sama ada betul atau tidak cerita ini, saya tidak menyiasatnya tetapi cerita ini berlegar dalam kalangan kami dan saya percaya ia adalah cerita benar.

Begitulah hebatnya kesan sebuah filem ke atas kehidupan remaja. Nilai yang tidak baik mungkin akan ditiru tanpa memikirkan kesannya ke atas diri, keluarga, masyarakat dan Negara amnya. Bagi saya, filem ‘Bobby’ ini tetap akan ditonton kerana lagu-lagunya yang menarik dan nostalgik. Sesiapa yang ingin melihat sedutan filem tersebut boleh melayari youtube. Semoga terhibur…..

Tuesday, November 30, 2010

Membaca buku-buku bercorak politik amat menarik sekali. Banyak andaian dan perbandingan dapat dibuat mengenai isi sesuatu buku yang dibaca. Saya berpeluang membaca buku 'Mahathir Di Sebalik Tabir' karya Dato' Zainuddin Maidin secara tak sengaja apabila ingin menyiapkan tugasan kursus di OUM.

Keseluruhannya, buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin mengetahui serba sedikit selok belok politik dan pemerintahan negara. Banyak pengajaran yang dapat diambil mengenai sikap Tun Dr Mahathir semasa era pentadbiran beliau. Kekaguman saya kepada beliau selama ini walaupun sering digugat oleh pelbagai cerita negatif kembali segar dan sememangnyalah beliau merupakan idola rakyat yang boleh dibanggakan.

Ingin tahu kandungan buku tersebut, carilah di kedai buku yang berhampiran.....tak rugi kalau kita rajin membaca.

Thursday, July 15, 2010

Sejahtera buat semua Melayu Muslimin. Hayatilah kata-kata berikut yang pernah diungkapkan oleh Jendral Sudirman iaitu seorang tokoh Revolusi Indonesia. Walaupun beliau bukan orang Malaysia tetapi kita serumpun.....Berikut kata-kata beliau :

Takkan ada kemenangan jika tak ada kekuatan. Tak akan ada kekuatan tanpa perpaduan. Tak akan ujud perpaduan jika tak ada semangat silaturrahim sesama saudara.”

Musuh kita sudah berada di ambang pintu dan telah ada yang masuk ke dalam rumah. Sedarlah bangsaku semua.

THIS BLOG CONTAINS ABOUT BLOGGER LIFE JOURNEY, HIS TOUGH ABOUT LIVING, FAMILY, SKILL ETC. FOR THOSE LIKE TO SHARE EVERYTHING EXCEPT A BAD THINGS ARE WELCOME. PLEASE TELL YOUR FRIEND IF THIS BLOG ARE USEFUL. TQ.

Friday, July 9, 2010

Siapa yang tidak kenal Adolf Hitler, pemimpim nazi yang memimpin Jerman dalam perang dunia. Beliau juga dikenali dengan gelaran anti yahudi kerana menyedari bahaya pengaruh yang dibawa oleh kaum itu bagi masyarakat Jerman dan eropah khususnya dan dunia amnya. Hitler juga pernah berkata Masyarakat Jerman tersilap menerima kristian sebagai agama mereka dan pernah mengganggap Islam antara agama yang sepatutnya dianuti oleh masyarakat jerman. Berikut adalah petikan kata-kata beliau mengenai perkara tersebut :

“You see, it's been our misfortune to have the wrong religion. Why didn't we have the religion of the Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? The Mohammedan religion too would have been much more compatible to us than Christianity”.

Selain itu, banyak ucapan beliau menyentuh tentang masyarakat Yahudi yang perlu dihapuskan segera dari muka bumi ini……sila baca maklumat tersebut di sini


THIS BLOG CONTAINS ABOUT BLOGGER LIFE JOURNEY, HIS TOUGH ABOUT LIVING, FAMILY, SKILL ETC. FOR THOSE LIKE TO SHARE EVERYTHING EXCEPT A BAD THINGS ARE WELCOME. PLEASE TELL YOUR FRIEND IF THIS BLOG ARE USEFUL. TQ.

Thursday, March 25, 2010

RAMALAN CINTA

Cinta memang sukar untuk diramal. Cinta kadangkala menjadikan pelakunya buta dengan maksudnya yang sebenar. Cinta jika tidak difahami akan menjerumuskan dua insan ke ruang kebinasaan. Cinta kepada Illahi, itulah yang sebaiknya. Ada yang menyatakan cinta bermula dari mata dan turun ke hati. Ada yang membeli cinta untuk nafsu. Ada yang mendapat wang hanya dengan menjual cinta sementara. Jangan suka-suka menjaja cinta dan mendambakan sebuah cinta yang tak pasti. Adakah cinta boleh diukur oleh sesuatu alat ? Saya menjumpai paparan berikut di internet bagi meramal tentang cinta. Cubalah untuk tujuan berhibur......



THIS BLOG CONTAINS ABOUT BLOGGER LIFE JOURNEY, HIS TOUGH ABOUT LIVING, FAMILY, SKILL ETC. FOR THOSE LIKE TO SHARE EVERYTHING EXCEPT A BAD THINGS ARE WELCOME. PLEASE TELL YOUR FRIEND IF THIS BLOG ARE USEFUL. TQ.