This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, August 11, 2011

KENAPA SAYA MENGUMPUL SETEM ?

Tahukah anda setem yang bernilai lebih USD 0.5 juta ? Setem akan lebih bernilai apabila setem tersebut jarang ditemui dan faktor usianya. Selain itu terdapat faktor lain yang menentukan nilai setem antaranya :

  1. Jumlah setem yang masih ada disimpan.
  2. Jenis cetakan (kesilapan cetakan, kedudukan imej cetakan).
  3. Tahun cetakan (usia setem)
  4. Telah atau belum digunakan.
  5. Keadaan fizikal setem (kerosakan)

Terdapat beberapa setem yang diberitakan mempunyai nilai yang tinggi iaitu :

  1. Sailing Ship British Guiana (One Cent Black Magenta - British Guyana – 1856) ditaksirkan bernilai melebihi USD 3 juta.
  2. 3 Skilling Sverige (Yellow - Sweden – 1885) bernilai melebihi USD 2.7 juta.
  3. Post Office (1 and 2 Penny - Mauritius – 1847) bernilai melebihi USD 2 juta.
  4. Benjamin Franklin Z Grill (1 Cent - USA – 1867) bernilai melebihi USD 1.5 juta.
  5. Hawaiian Missionaries (2,5 and 13 Cent - Hawaii – 1851) ditaksir melebihi USD 0.5 juta.
Namun begitu mungkin ada setem yang lain akan mengatasi setem yang dinyatakan jika mempunyai ciri-ciri unik yang dapat dibuktikan terutama dalam kalangan pengemar dan pengumpul setem.

Berdasarkan carian internet, setem yang termahal di Malaysia ialah setem Straits Settlements yang pernah dilelong pada 19 hingga 20 Jun 1991 di England dengan harga 19,000 pound sterling (RM91,200).Jadi, bila ada rakan-rakan mentertawakan hobi saya mengumpul setem, respon yang boleh diberi ialah “ nantilah, 10 – 15 tahun lagi setem aku kumpul ni akan bernilai lebih RM 10,000”. InsyaAllah. Bagaimana dengan anda ?

THIS BLOG CONTAINS ABOUT BLOGGER LIFE JOURNEY, HIS TOUGH ABOUT LIVING, FAMILY, SKILL ETC. FOR THOSE LIKE TO SHARE EVERYTHING EXCEPT A BAD THINGS ARE WELCOME. PLEASE TELL YOUR FRIEND IF THIS BLOG ARE USEFUL. TQ.

Wednesday, July 13, 2011

PEN ANGKASA


Suatu ketika, secara tidak sengaja saya telah terbaca maklumat yang ditulis oleh seseorang dalam blognya mengenai pen yang digunakan di angkasa. Bukan tujuan saya untuk mengulang kembali apa yang telah ditulis, tetapi hasil pembacaan saya selanjutnya, maklumat berikut telah diperolehi.
Pada 1960, angkasawan NASA mendapati ketika berada di ruang angkasa, mereka tidak boleh menulis menggunakan pen yang dibekalkan untuk mencatat maklumat. Hasil daripada maklum balas tersebut jurutera NASA telah berusaha untuk mencipta pen yang mampu digunakan dalam semua keadaan sama ada di graviti sifar , dalam air dan sebagainya. Kos bagi membangunkan pen berkenaan dikatakan berjumlah USD 1 juta. Keadaan ini menjadikan para jurutera NASA seolah-olah terlalu obses dengan kerja kejuruteraaan mereka padahal angkasawan Russia lebih pintar iaitu menggunakan pensel untuk menulis ketika berada di ruang angkasa lepas.
Pada 23 Mac, 1965 kapal angkasa Molly Brown ( juga dikenali sebagai Gemini Titan 3 ) berlepas dari Cape Canaveral dalam misi pendek kurang 5 jam disertai oleh Gus Grissom dan John Young. Beberapa surat khabar melaporkan misi tersebut turut membawa dua batang pensel bernilai USD 128.84 setiap satu. Amat mengejutkan juga apabila terdapat 4 batang pensel Pentel berharga USD 0.49 dibawa bersama dan ini telah membangkitkan tanda tanya dalam kalangan ahli kongres Amerika bagaimana pensel biasa buatan Jepun boleh dibawa bersama.Beberapa tahun selepas penerbangan Molly Brown, NASA mengenakan kawalan ketat ke atas barangan yang dibawa oleh angkasawannya.
Pertengahan tahun 60-an, Paul Fisher dari Fisher Pen Company telah membangunkan ‘space pen’ tanpa permintaan dan dana NASA. Beliau hanya mahukan publisiti dari NASA seterusnya mendapatkan sokongan ahli kongres bagi tujuan berkenaan. Fisher akhirnya mengikat kontrak dengan pihak NASA dalam mempromosi pen angkasanya. Sebaliknya di pihak NASA telah menafikan bahawa mereka mengikat kontrak dengan Fisher untuk menyediakan alat tulis yang boleh digunakan dalam kapal angkasa. Namun pen jenis AG-7 keluaran Fisher berada dalam pertimbangan untuk digunakan dalam kapal angkasa Amerika. Pemerolehan pen tersebut ialah dengan harga USD 4 sebatang berbanding dengan harga ‘space pen’ iaitu USD 1.98 sebatang.
Terdapat juga laporan yang menyatakan sebenarnya NASA tidak mengembangkan ’space pen’ malah tidak membelinya pun. Namun begitu, pihak NASA diberitakan memang membeli pen lain daripada Fisher yang dinyatakan sebagai ’Data Recording Pen’ dengan konfigurasi rekabentuk -204, -207 dan -208. Pen-pen tersebut telah dibawa bersama dalam misi Apollo dan Skylab. Ini telah membanggakan Fisher yang mendakwa pen keluarannya telah digunakan oleh angkasawan Amerika. Ia merupakan bahagian penting dalam promosi syarikatnya.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa cerita tentang space pen adalah mengarut apatah lagi jika dibangunkan dengan kos yang tinggi oleh jurutera-jurutera NASA yang obses. Namun, seorang kapitalis telah mengambil peluang ini untuk menghasilkan produk bermutu dan menggunakan kaedah pemasaran yang inovatif iaitu melibatkan sebuah agensi ternama seperti NASA.
THIS BLOG CONTAINS ABOUT BLOGGER LIFE JOURNEY, HIS TOUGH ABOUT LIVING, FAMILY, SKILL ETC. FOR THOSE LIKE TO SHARE EVERYTHING EXCEPT A BAD THINGS ARE WELCOME. PLEASE TELL YOUR FRIEND IF THIS BLOG ARE USEFUL. TQ.

Sunday, May 15, 2011

POSTUR SELAMAT GUNA KOMPUTER

Dengan kemajuan teknologi, senario kerja telah berubah kepada sistem pengkomputeran. Dalam setiap bidang, penggunaan komputer telah semakin meluas dan merupakan gaya kerja yang cukup memudahkan dan adakala turut merumitkan. Penggunaan komputer juga mengundang banyak penyakit sampingan seperti penyakit belakang yang kronik, Carpal Tunnel Syndrome (CTS), stress dan sebagainya.


Kebanyakan pengguna komputer melakukan 50K - 200K gerakan jari ketika menggunakan komputer mereka selama beberapa jam. Semakin banyak anda meluangkan masa di depan komputer apatah lagi melakukan aktiviti blogging, chatting, coding dll, maka semakin besar kesan sampingannya terhadap kesihatan anda.

Oleh itu, dicadangkan beberapa teknik postur badan dan jari yang betul ketika menggunakan komputer agar dapat meminimumkan risiko kecederaan seperti di tangan, lengan, bahu, leher, dan punggung di samping dapat mengurangkan stress dan kesan buruk yang lain.

CARA MENGGUNAKAN PAPAN KEKUNCI


CARA MENGGUNAKAN TETIKUS



CARA DUDUK




SUMBER :http://windowsvj.com

THIS BLOG CONTAINS ABOUT BLOGGER LIFE JOURNEY, HIS TOUGH ABOUT LIVING, FAMILY, SKILL ETC. FOR THOSE LIKE TO SHARE EVERYTHING EXCEPT A BAD THINGS ARE WELCOME. PLEASE TELL YOUR FRIEND IF THIS BLOG ARE USEFUL. TQ.

Tuesday, March 29, 2011

CERITA WAWASAN 2020

Wawasan 2020 diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada 28 Februari 1991. Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Wawasan 2020 bersandarkan kepada sembilan matlamat atau cabaran yang perlu dicapai melalui usaha para pemimpin Malaysia dan rakyat keseluruhannya. Tahukah kita dari mana Tun Mahathir mengambil nombor 2020 tersebut ? dan apakah signifikannya nombor tersebut dalam menentukan wawasan sebuah negara.

Menurut Tan Sri Sanusi Junid yang merupakan veteran UMNO dan bekas pemimpin di peringkat pusat dan negeri, Tun Mahathir pernah memanggil beliau dan bertanya apakah ‘2020’. Menurutnya lagi, Tun Mahathir meminta beliau memastikan nombor ‘2020’ disebut dengan ‘twenty twenty’ dan bukannya ‘two thousand and twenty’ pada logo hari kemerdekaan.

Kebanyakan orang tahu bahawa Tun Dr Mahathir pernah memiliki klinik (Klinik MAHA). Tan Sri Sanusi menjelaskan dalam tulisan beliau bahawa terdapat sebuah kedai cermin mata di sebelah Klinik MAHA iaitu Kedai Cermin Mata 2020. Apakah kemungkinan nombor ini menjadi cetusan idea bagi Tun Dr Mahathir dalam memperkenalkan Wawasan 2020 (Vision 2020)?

Tan Sri Sanusi seterusnya mencatatkan :
“Maksud Tun Dr. Mahathir dengan Wawasan 2020 ialah 'wawasan atau penglihatan yang jelas'. Jika mata kita diperiksa oleh doktor mata dan kedua belah bacaannya 20 dan 20 maka kita tidak perlu cermin-mata kerana pandangan kita tidak kabur. Berertilah 'Wawasan 20 20' ialah 'Wawasan Yang Jelas' dan seseorang yang berwawasan yang jelas dapatlah membangun negeri dan negara dengan cepat dan menguntungkan rakyat.”

Oleh itu, ayuh warga Malaysia kita laksanakan visi tersebut dengan jayanya…..InsyaAllah.
THIS BLOG CONTAINS ABOUT BLOGGER LIFE JOURNEY, HIS TOUGH ABOUT LIVING, FAMILY, SKILL ETC. FOR THOSE LIKE TO SHARE EVERYTHING EXCEPT A BAD THINGS ARE WELCOME. PLEASE TELL YOUR FRIEND IF THIS BLOG ARE USEFUL. TQ.

Wednesday, December 15, 2010

FILEM BOBBY DALAM KENANGAN

Semalam, saya berpeluang menonton sebuah filem Hindi bertajuk ‘Bobby’ yang ditayangkan di saluran Zee Astro. Filem ini diterbitkan pada 1973 dan diarahkan oleh Raj Kapoor dengan bintang utama seperti Rishi Kapoor dan Dimple Kapadia. ‘Bobby’ berkisar tentang percintaan pasangan remaja berumur 18 (lelaki) dan 16 (gadis) yang mendapat tentangan keluarga terutama daripada keluarga lelaki. Mereka tidak direstui keluarga kerana masih terlalu muda untuk berumah tangga apatah lagi keluarga lelaki adalah golongan berada dan memandang rendah keluarga gadis yang dicintai oleh anaknya. Filem ini amat menarik untuk ditonton kerana merupakan sebuah filem cinta dan diserikan lagi dengan lagu dan gubahan muzik yang menarik.

Filem ini mengingatkan saya tentang kisah yang pernah diceritakan ketika filem ini mula ditayangkan di Malaysia. Mengikut sumber itu, ada pasangan yang kahwin lari setelah menonton filem berkenaan mungkin mendapat inspirasi dengan kisah cinta yang ditonjolkan dalam filem tersebut. Sudah menjadi lumrah ketika itu masyarakat Melayu terutamanya amat meminati filem-filem Hindi.

Ketika saya mula belajar di sekolah menengah, ada rakan yang bercerita mengenai satu pasangan remaja yang bercinta dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. Pasangan remaja ini juga mendapat tentangan daripada kedua-dua belah keluarga kerana mereka masih lagi belajar di sebuah sekolah menengah. Namun begitu, akhirnya mereka telah diijabkabulkan dan termakbullah janji cinta mereka selama ini. Setelah berkahwin, pasangan ini tidak diterima oleh keluarga masing-masing. Mungkin akibat kesempitan hidup dan gagal mencari jalan keluar, mereka telah mengambil keputusan mengikat diri dengan tiub basikal dan terjun ke sungai bersama-sama. Setelah meninggal dunia akibat lemas, diberitakan pasangan ini masih tidak diterima oleh keluarga masing-masing hingga pihak pejabat agama sendiri yang menguruskan kedua-dua jenazah untuk disemadikan. Sama ada betul atau tidak cerita ini, saya tidak menyiasatnya tetapi cerita ini berlegar dalam kalangan kami dan saya percaya ia adalah cerita benar.

Begitulah hebatnya kesan sebuah filem ke atas kehidupan remaja. Nilai yang tidak baik mungkin akan ditiru tanpa memikirkan kesannya ke atas diri, keluarga, masyarakat dan Negara amnya. Bagi saya, filem ‘Bobby’ ini tetap akan ditonton kerana lagu-lagunya yang menarik dan nostalgik. Sesiapa yang ingin melihat sedutan filem tersebut boleh melayari youtube. Semoga terhibur…..

Tuesday, November 30, 2010

Membaca buku-buku bercorak politik amat menarik sekali. Banyak andaian dan perbandingan dapat dibuat mengenai isi sesuatu buku yang dibaca. Saya berpeluang membaca buku 'Mahathir Di Sebalik Tabir' karya Dato' Zainuddin Maidin secara tak sengaja apabila ingin menyiapkan tugasan kursus di OUM.

Keseluruhannya, buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin mengetahui serba sedikit selok belok politik dan pemerintahan negara. Banyak pengajaran yang dapat diambil mengenai sikap Tun Dr Mahathir semasa era pentadbiran beliau. Kekaguman saya kepada beliau selama ini walaupun sering digugat oleh pelbagai cerita negatif kembali segar dan sememangnyalah beliau merupakan idola rakyat yang boleh dibanggakan.

Ingin tahu kandungan buku tersebut, carilah di kedai buku yang berhampiran.....tak rugi kalau kita rajin membaca.

Thursday, July 15, 2010

Sejahtera buat semua Melayu Muslimin. Hayatilah kata-kata berikut yang pernah diungkapkan oleh Jendral Sudirman iaitu seorang tokoh Revolusi Indonesia. Walaupun beliau bukan orang Malaysia tetapi kita serumpun.....Berikut kata-kata beliau :

Takkan ada kemenangan jika tak ada kekuatan. Tak akan ada kekuatan tanpa perpaduan. Tak akan ujud perpaduan jika tak ada semangat silaturrahim sesama saudara.”

Musuh kita sudah berada di ambang pintu dan telah ada yang masuk ke dalam rumah. Sedarlah bangsaku semua.

THIS BLOG CONTAINS ABOUT BLOGGER LIFE JOURNEY, HIS TOUGH ABOUT LIVING, FAMILY, SKILL ETC. FOR THOSE LIKE TO SHARE EVERYTHING EXCEPT A BAD THINGS ARE WELCOME. PLEASE TELL YOUR FRIEND IF THIS BLOG ARE USEFUL. TQ.