Tuesday, March 29, 2011

CERITA WAWASAN 2020

Wawasan 2020 diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada 28 Februari 1991. Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Wawasan 2020 bersandarkan kepada sembilan matlamat atau cabaran yang perlu dicapai melalui usaha para pemimpin Malaysia dan rakyat keseluruhannya. Tahukah kita dari mana Tun Mahathir mengambil nombor 2020 tersebut ? dan apakah signifikannya nombor tersebut dalam menentukan wawasan sebuah negara.

Menurut Tan Sri Sanusi Junid yang merupakan veteran UMNO dan bekas pemimpin di peringkat pusat dan negeri, Tun Mahathir pernah memanggil beliau dan bertanya apakah ‘2020’. Menurutnya lagi, Tun Mahathir meminta beliau memastikan nombor ‘2020’ disebut dengan ‘twenty twenty’ dan bukannya ‘two thousand and twenty’ pada logo hari kemerdekaan.

Kebanyakan orang tahu bahawa Tun Dr Mahathir pernah memiliki klinik (Klinik MAHA). Tan Sri Sanusi menjelaskan dalam tulisan beliau bahawa terdapat sebuah kedai cermin mata di sebelah Klinik MAHA iaitu Kedai Cermin Mata 2020. Apakah kemungkinan nombor ini menjadi cetusan idea bagi Tun Dr Mahathir dalam memperkenalkan Wawasan 2020 (Vision 2020)?

Tan Sri Sanusi seterusnya mencatatkan :
“Maksud Tun Dr. Mahathir dengan Wawasan 2020 ialah 'wawasan atau penglihatan yang jelas'. Jika mata kita diperiksa oleh doktor mata dan kedua belah bacaannya 20 dan 20 maka kita tidak perlu cermin-mata kerana pandangan kita tidak kabur. Berertilah 'Wawasan 20 20' ialah 'Wawasan Yang Jelas' dan seseorang yang berwawasan yang jelas dapatlah membangun negeri dan negara dengan cepat dan menguntungkan rakyat.”

Oleh itu, ayuh warga Malaysia kita laksanakan visi tersebut dengan jayanya…..InsyaAllah.
THIS BLOG CONTAINS ABOUT BLOGGER LIFE JOURNEY, HIS TOUGH ABOUT LIVING, FAMILY, SKILL ETC. FOR THOSE LIKE TO SHARE EVERYTHING EXCEPT A BAD THINGS ARE WELCOME. PLEASE TELL YOUR FRIEND IF THIS BLOG ARE USEFUL. TQ.

Related Posts:

  • Membaca buku-buku bercorak politik amat menarik sekali. Banyak andaian dan perbandingan dapat dibuat mengenai isi sesuatu buku yang dibaca. Saya berpe… Read More
  • Sejahtera buat semua Melayu Muslimin. Hayatilah kata-kata berikut yang pernah diungkapkan oleh Jendral Sudirman iaitu seorang tokoh Revolusi Indonesia… Read More
  • CERITA WAWASAN 2020Wawasan 2020 diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada 28 Februari 1991. Wawasan 2020 bertujuan mewujudk… Read More
  • FILEM BOBBY DALAM KENANGANSemalam, saya berpeluang menonton sebuah filem Hindi bertajuk ‘Bobby’ yang ditayangkan di saluran Zee Astro. Filem ini diterbitkan pada 1973 dan diara… Read More
  • Siapa yang tidak kenal Adolf Hitler, pemimpim nazi yang memimpin Jerman dalam perang dunia. Beliau juga dikenali dengan gelaran anti yahudi kerana men… Read More

0 comments: